2024-08-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Luar Negeri,Datuk Seri Mohamad Hasan / Foto FB Mohamad Hasan
KUALA LUMPUR,8 Ogos - Menteri Luar Negeri,Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyuarakan pendirian Malaysia berkenaan isu Palestin dalam Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif di Peringkat Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah,Arab Saudi.
Mohamad berkata,mesyuarat yang diusul oleh Palestin dan Iran itu membincangkan jenayah kependudukan Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin dan pencerobohan serta ancamannya terhadap kedaulatan Iran.
“Saya juga akan menyampaikan kenyataan mewakili Malaysia bagi mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan besar-besaran di Semenanjung Gaza oleh rejim Israel termasuk pembunuhan kejam Ismail Haniyeh di Tehran,baru-baru ini,” katanya melalui hantaran di Facebook pada Rabu.
Sementara itu,Mohamad berkata beliau juga mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan rakan sejawat dari Iran,Pakistan dan Palestin.
Mesyuarat tergempar itu dipengerusikan oleh Menteri Luar Gambia selaku pengerusi Sidang Kemuncak OIC ke-15.
Sebelum ini,Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan penyertaan Mohamad dalam mesyuarat itu juga menandakan komitmen Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin dan Malaysia menyokong penubuhan Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967,dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur