2024-08-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
MEDAN,8 Ogos-Konsulat Jeneral Malaysia di Medan,Indonesia menerima kunjungan delegasi pengakap dari tiga negara iaitu Malaysia,Thailand dan Indonesia.
Delegasi terdiri daripada 44 Pengakap Malaysia,tujuh Pengakap Thailand dan tiga Pengakap Indonesia berada di sini sempena Perhimpunan Internasional 3 Negara.
Delegasi Pengakap Malaysia diketuai oleh Ketua Pengakap Negara Malaysia,Profesor Datuk Doktor Mohd Zin Bidin.
Ia turut disertai pengakap-pengakap kanan seperti Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara,Nasaruddin Shamsuddin dan Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Kedah,Datuk Dr. Zulkifly Muhamad.
Datuk Dr Zulkifly berkata,lawatan ke Konsulat Jeneral merupakan sebahagian daripada program lawatan tiga hari mereka ke Medan untuk mengadakan kerangka kerjasama trilateral dan bertukar-tukar pandangan dalam pelaksanaan aktiviti pengakap.
Delegasi Pengakap Tiga Negara ini telah diberikan taklimat oleh Konsul Jeneral Shahril Nizam Abdul Malek mengenai fungsi dan peranan pejabat diplomatik Malaysia di luar negara,dan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Antara lain,kesempatan ini telah digunakan oleh ahli-ahli delegasi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perkhidmatan konsular oleh pejabat diplomatik Malaysia di luar negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur