2024-08-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil ketika ditemubual di Sarawakfm/Foto RTM
KUCHING,8 Ogos-Pelesenan perkhidmatan media sosial bukan bertujuan untuk menyekat hak bersuara atau mengekang perkara berkaitan politik namun sebaliknya bertujuan memastikan penggunaan internet yang selamat di negara ini.
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil menjelaskan pelesenan media sosial mampu menyekat kes jenayah siber termasuk penipuan dalam talian,buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Fahmi turut menolak dakwaan bahawa inisiatif berkenaan digunakan kerajaan bagi menyekat hak bersuara terhadap kerajaan.
Jelasnya,kerajaan sentiasa bersedia menerima teguran dan kritikan yang berasas dan membina.
“Sejujurnya kalau kita hendak sekat,waktu ini mengikut undang-undang sedia ada kita boleh sahaja sekat,tetapi kerajaan tidak berhasrat berbuat demikian seperti dinyatakan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau dan kerajaan sedia dikritik",katanya demikian dalam satu temubual bersama Sarawakfm di sini hari ini.
Terdahulu,MCMC memaklumkan satu kerangka baharu bagi mengawal selia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet akan diperkenalkan pada awal bulan ini dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025.
Menerusi kerangka baharu itu,semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur