2024-08-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
PUTRAJAYA,8 Ogos- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melaksanakan penggantian kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) melibatkan kamera sedia ada secara berfasa di lokasi yang telah diwartakan.
Ketua Pengarah JPJ,Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan hari ini memaklumkan penggantian kamera AwAS berkenaan selari dengan perubahan teknologi terkini yang menggunakan teknologi Automated Number Plate Recognition (ANPR) bagi memastikan kamera itu beroperasi dengan lebih baik.
"Penggantian ini melibatkan kamera model Redflex yang perlu ditukar atas faktor kerosakan besar dan tidak mendapat sokongan daripada pihak prinsipal.
"Pengoperasian kamera AwAS juga untuk memastikan penguatkuasaan yang melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju dan gagal mematuhi lampu isyarat berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) selaras usaha mengurangkan statistik kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya," katanya.
Justeru,JPJ menyeru dan memohon kerjasama semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan bertoleransi dengan pengguna jalan raya yang lain demi keselamatan diri dan keluarga ketika di jalan raya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur