2024-08-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,8 Ogos- Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) perlu diperkasa bagi membendung kes kemalangan jalan raya,seiring saranan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Untuk itu,aktivis keselamatan jalan raya,Shahrim Tamrin mencadangkan Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi berkaitan agar pasukan khas ditubuh untuk melaksanakan Pelan Keselamatan Jalan Raya bagi tempoh tujuh tahun akan datang.
Jelasnya,tumpuan perlu diberi terhadap lima daerah yang mencatat rekod kematian terburuk di Malaysia.
"Mohon lindungi MKJR tanpa berlengah lagi bagi mengelakkan MKJR dibatalkan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Malaysia akibat kegagalan tiada MAT (Mesyuarat Agung Tahunan) sejak 2019.
"Berhubung dan bekerjasama dengan semua MKJR Negeri dan NGO (badan bukan kerajaan) berkaitan untuk menjadikan usaha selamatkan nyawa di jalan raya sebagai satu perkara yang menarik dalam kalangan orang ramai.
"Melibatkan ahli-ahli MKJR yang berpengetahuan dan berpengalaman luas untuk berkomunikasi kepada media dan masyarakat di setiap negeri serta melibatkan MKJR turut sama di dalam jawatankuasa peringkat Kabinet mengenai keselamatan dan kesesakan jalan raya.
"Mendapatkan khidmat nasihat ‘campaign manager’ (urus kempen) untuk melaksanakan pelan komunikasi berkesan bagi jangka pendek (setahun),jangka sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (sehingga tahun 2030)," katanya menerusi kenyataan.
Terdahulu,Perdana Menteri melahirkan kebimbangan jumlah nahas jalan raya tahun lalu yang melebihi 600,000.
Anwar turut memberi nasihat kepada ibu bapa agar sentiasa memantau aktiviti anak masing-masing terutama yang masih di bawah umur agar mereka dapat menunggang atau membonceng motosikal dengan cermat serta selamat.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur