2024-08-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim
KULIM,8 Ogos - Struktur ekosistem Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berasaskan teknologi baharu perlu diperkasa dengan lebih pantas.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi menghasilkan tenaga kerja mahir ke arah menjadikan Malaysia destinasi pelaburan terbaik.
Untuk itu,Anwar berkata ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk direalisasikan.
"Kita telah memanggil universiti dan saya yakin Universiti Sains Malaysia (USM) dan juga Universiti Utara Malaysia (UUM) serta institusi TVET di Kedah dan Pulau Pinang perlu bersikap responsif dan melaksanakan perubahan dengan kadar yang lebih pantas. Untuk mencapai agenda tersebut,semua agensi,semua jabatan dan semua peringkat profesional mesti mengambil langkah ini dan ini perlu ditekankan.
"Saya percaya,Menteri Besar dan Menteri Kabinet,berkongsi sentimen ini dengan saya bahawa kita tidak boleh mengharapkan untuk dianggap sebagai pemain yang berjaya dalam teknologi baru jika kita terus bekerja pada kadar biasa," katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan Bangunan Kulim 3 Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd,di sini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur