2024-08-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA
KULIM,8 Ogos- Pembukaan fabrik semikonduktor kuasa 200 milimeter silikon karbida (SiC) oleh syarikat Jerman,Infineon Technologies di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) merupakan satu kejayaan besar bagi Kedah dan Malaysia.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,kilangpembuatan terbesar itu akan mempromosikan Malaysia ke peringkat antarabangsa untuk menarik pelaburan bertaraf dunia.
"Bukan sahaja satu perasmian industri tetapi industri teknologi tinggi yang selari dengan dasar mengurangkan karbon teknologi hijau dan lebih utama teknologi yang mencecah satu penerokaan yang menakjubkan dunia.
"Kita tentunya terharu kerana Malaysia dipilih tuan rumah dahulu itu,saya ucap terima kasih kepada Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) kepada menteri besar negeri dan Kulim Hi-Tech Park kerana kerjasama yang diberikan yang mempercepatkan.. melicinkan proses.. lebih utama penghargaan kepada Infinion Teknologies dan rakan-rakan yang bekerja menjayakan projek ini," katanya menerusi ucapan di Infineon Technologies di sini.
Beliau berkata projek luar biasa Infineon Technologies mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab semikonduktor global utama yang semakin meningkat.
Beliau menyifatkan kilang pembuatan terbaharuInfineon Technologies sebagai pelaburan utama,yang akan menempatkan kilang kuasa SiC terbesar dan paling kompetitif di dunia.
Ia akan mewujudkan peluang pekerjaan serta menarik pembekal,universiti dan bakat dalam pelbagai bidang.
Beliau berkata Infineon Technologies akan menyokong usaha Malaysia untuk melindungi iklim negara dengan meningkatkan elektrifikasi dan meningkatkan kecekapan banyak aplikasi,termasuk kereta elektrik dan tenaga boleh diperbaharui.
Perdana Menteri berterima kasih kepada Infineon Technologies atas pelaburan syarikat itu di negarakerana ini penting untuk ekonomi negara sebagai hab pembuatan di rantau ini.
Terdahulu,Anwar tiba di Infineon Technologies Kulim kira-kira pada pukul 10.15 pagi.
Ketibaanbeliau disambut Ketua Pegawai Eksekutif Infineon Technologies,AG Jochen Hanebeck.
Mengiringi Anwar,Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur