2024-08-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Harga runcit diesel di Semenanjung turun kepada RM3.30 seliter bermula esok hingga 14 Ogos 2024
KUALA LUMPUR,7 Ogos- Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak lima sen kepada RM3.30 seliter bagi tempoh 8 Ogos hingga 14 Ogos 2024.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan,keputusan untuk mengurangkan harga bahan api itu sejajar penurunan harga pasaran minyak global.
Manakala,harga runcit diesel di Sabah,Sarawak dan Labuan,kekal pada RM2.15 seliter.
Selaras trend penurunan harga,kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel.
Faktor pergerakan harga pasaran minyak akan diambil kira,selain menyokong kestabilan harga.
Kesan perubahan harga minyak mentah dunia akan diteliti dan langkah bersesuaian akan diambil bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
terus terpelihara.
Bermula 10 Jun lalu,pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel di bawah inisiatif BUDI MADANI menetapkan harga runcit diesel pada RM3.35 sen seliter.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur