2024-08-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengurus Besar,Bahagian Pendidikan dan Jangkauan AKPK,Nor Fazleen Zakaria
KUALA LUMPUR,8 Ogos - Individu yang mendapat pelepasan daripada senarai muflis,perlu lebih proaktif dalam merancang kewangan dengan lebih bijak.
Pengurus Besar,Bahagian Pendidikan dan Jangkauan,Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),Nor Fazleen Zakaria berkata pelepasan yang diberikan kerajaan menerusi inisiatif Dasar Peluang Kedua perlu dimanfaat sebaiknya agar tidak kembali terjerumus dalam situasi sama.
Beliau berkata,AKPK sedia membantu individu atau syarikat yang mahu mendapatkan khidmat nasihat kewangan dan pendidikan kewangan secara bersemuka atau atas talian.
"Bagi individu yang telah diberikan peluang di bawah Dasar Peluang Kedua,mereka sekarang jadi normal balik dan sebenarnya boleh jadi produktif dan meningkatkan produktiviti negara.
"Katakan lah,seseorang itu bekerja membuat perniagaan dan boleh mendapatkan geran-geran untuk memacu perniagaan mereka dan secara tidak langsung boleh meningkatkan ekonomi negara," katanya.
Setakat April lalu,seramai 1.3 juta individu telah mendapat khidmat nasihat kewangan daripada AKPK di seluruh negara.
Manakala,di bawah program pengurusan hutang,lebih 450,000 telah diberi bantuan.
Bulan lalu,142,510 individu serta syarikat mendapat pelepasan bankrap dicatatkan menerusi inisiatif Dasar Peluang Kedua dimana jumlah itu,melebihi sasaran awal sebanyak 130,000 individu.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur