2024-08-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,8 Ogos- Ringgit tinggi berbanding dolar AS pagi ini berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang data tenaga kerja Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan hari ini,kata penganalisis.
Pada 8 pagi,ringgit meningkat kepada 4.4920/4990 berbanding dolar AS daripada 4.4950/5010 semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama bahawa sentimen pasaran dijangka terkawal dengan peniaga memantau data berfrekuensi tinggi seperti Tuntutan Pengangguran Awal untuk mengukur langkah Rizab Persekutuan AS yang seterusnya.
“Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.2 peratus kepada 103.179 mata pada Rabu manakala hasil nota Perbendaharaan AS dua tahun merosot satu mata asas kepada 3.96 peratus.
“Indeks ekuiti yang menjadi penanda aras turun,menunjukkan pasaran bimbang mengenai prospek masa depan kemelesetan di AS,yang dijangka mendorong Rizab Persekutuan (Fed) untuk menurunkan kadar faedah kepada paras yang lebih rendah,” katanya.
Oleh itu,katanya ringgit dijangka mengekalkan kecenderungan dalam jajaran kecil hari ini.
Sementara itu,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama,merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0704/0756 daripada 3.0464/0509 dan susut berbanding euro kepada 4.9084/9161 daripada 4.9054/9119 sebelum ini.
Bagaimanapun,ia naik berbanding pound kepada 5.6968/7056 daripada 5.7122/7199 pada Rabu.
Pada masa yang sama,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.3856/3911 daripada 3.3853/3901,meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 280.0/280.7 daripada 280.2/280.8 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.80/7.82 daripada 7.81/7.83 sebelum ini.
Ringgit turut rendah berbanding baht Thailand kepada 12.6091/6380 daripada 12.5999/6230 pada Rabu. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur