2024-08-08 berita.rtm.gov.my HaiPress

Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur berhati-hati susulan jualan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang kurang menggalakkan sebanyak AS$42 bilion / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,8 Ogos - Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur berhati-hati susulan jualan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang kurang menggalakkan sebanyak AS$42 bilion,menunjukkan keyakinan tidak memberangsangkan terhadap keadaan ekonomi AS,kata peniaga.
Sentimen itu menyebabkan Dow Jones Industrial Average (DJIA) merosot 234 mata manakala Nasdaq berkurangan 171 mata dan hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun naik kepada 3.952 peratus.
Pada 9.05 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 10.96 mata atau 0.68 peratus kepada 1,580.91 daripada 1,591.87 pada Rabu.
Indeks dibuka rendah 5.91 mata kepada 1,585.96.
Dalam pasaran secara menyeluruh,kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 516 berbanding 67,dengan 183 kaunter tidak berubah,1,677 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 225.69 juta unit bernilai RM125.67 juta.
Dalam negara,Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks FBM KLCI mencatatkan pemulihan yang kukuh pada sesi dagangan sebelum ini berikutan indeks dilihat cuba melepasi paras 1,600.
“Walaupun 1,600 kini dilihat sebagai paras halangan psikologi,kami berpendapat paras ini perlu dilepasi secepat mungkin untuk mengekalkan trajektori meningkat baru-baru ini,” katanya kepada Bernama.
Oleh itu,Thong menjangka indeks akan berada dalam julat 1,590-1,600 hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank dan Public Bank,masing-masing merosot dua sen kepada RM10.20 dan RM4.22,Tenaga Nasional berkurangan 10 sen kepada RM13.84,CIMB susut empat sen kepada RM7.29 manakala IHH Healthcare kekal tidak berubah pada RM6.22.
Kaunter aktif menyaksikan keputusan bercampur-campur,dengan Cape EMS naik 1.5 sen kepada 45 sen dan Techna-X meningkat satu sen kepada 11 sen.
Bagaimanapun,Ekovest merosot satu sen kepada 40 sen,Velesto Energy berkurangan setengah sen kepada 20.5 sen manakala Jaks Resources tidak berubah pada 15 sen.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas merosot 115.51 mata kepada 11,986.19,Indeks FBMT 100 susut 108.71 mata kepada 11,642.10,Indeks FBM 70 berkurangan 265.02 mata kepada 17,283.35,Indeks FBM ACE turun 73.39 mata kepada 5,144.08 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 135.94 mata kepada 12,078.77.
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 88.95 mata kepada 17,971.86,Indeks Tenaga susut 13.89 mata kepada 897.70,Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 1.30 mata kepada 176.64 manakala Indeks Perladangan turun 44.31 mata kepada 7,005.20 dan Indeks Teknologi susut 1.54 mata kepada 67.48.-BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur