2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

MCMC
PUTRAJAYA,8 Ogos- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sejumlah 10,423 laman sesawang telah disekat susulan pelanggaran undang-undang dari 1 Jan 2022 hingga 1 Ogos lepas.
Kenyataan MCMC hari ini menyebut daripada jumlah itu,sebanyak 95.7 peratus laman sesawang yang disekat adalah terdiri daripada lima kategori utama iaitu perjudian dalam talian (4,484 laman) diikuti pornografi (3,271),pelanggaran hak cipta (1,654),scam atau pelaburan haram (316) dan pelacuran (249).
"Dalam tempoh lima tahun,jumlah sekatan laman sesawang yang mempunyai kandungan kemudaratan dalam talian tertinggi direkodkan pada 2021 iaitu sebanyak 6,571,bagaimanapun jumlah ini menunjukkan trend penurunan hingga Ogos 2024 (2,127)," menurut kenyataan.
Menurut suruhanjaya itu,sekatan yang dilakukan adalah mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) serta undang-undang di bawah bidang kuasa agensi penguatkuasaan lain antaranya Polis Diraja Malaysia,Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Suruhanjaya Sekuriti.
Dalam konteks lebih besar,sekatan laman sesawang itu turut mengekang jenayah lain seperti pemerdagangan manusia,pengantunan kanak-kanak,penjualan bahan terlarang seperti dadah dan jenayah terancang.
Bagi memastikan sekatan kekal berkesan dan selari dengan perkembangan teknologi,MCMC komited bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan tempatan bagi menambah baik serta memperkukuh langkah pencegahan dan perlindungan termasuk dalam aspek pengurusan Sistem Nama Domain (DNS).
"Kerjasama MCMC dan penyedia perkhidmatan dapat memastikan persekitaran dalam talian yang selamat seterusnya menjamin keselamatan segenap lapisan pengguna," menurut kenyataan.
Usaha itu juga selaras dengan 10 Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah AKM 1998 termasuk menjamin keselamatan maklumat serta kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.
Menurut MCMC,usaha itu juga memerlukan pendekatan holistik keseluruhan negara daripada segenap lapisan masyarakat untuk tidak melangkaui mekanisme perlindungan tersedia yang boleh memberi kesan negatif kepada diri serta keluarga,khususnya remaja dan kanak-kanak.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur