2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Fadillah Yusof
KUALA LUMPUR,8 Ogos- Semua pemain industri perlu menguasai transformasi teknologi untuk terus kekal bersaing dan seterusnya melonjakkan ekonomi negara.
Justeru Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyeru semua pemain industri supaya mempertingkatkan kemahiran teknologi untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Katanya,kerjasama daripada pemain industri dan pihak swasta amat penting bagi membolehkan Malaysia kembali mencapai status sebagai Harimau Asia.
"Kita perlu bersama-sama kembalikan Malaysia sebagai sebuah negara cemerlang bukan sahaja dalam kedudukan politiknya tetapi lebih utama ialah kedudukan ekonomi yang akhirnya akan memberi kemakmuran kepada negara dan kesejahteraan rakyat kita.
"Kalau kita tidak bersatu dalam tindakan kita,kita tidak akan mampu untuk bergerak sebagai sebuah negara yang berjaya pada masa akan datang. Jadi,marilah kita menjadikan Malaysia ini sebagai Harimau Asia yang baharu," katanya pada Anugerah Industri Malaysia (MINDA) 2024 di sini malam ini.
Anugerah yang dianjurkan buat kali kedua oleh Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) itu adalah bagi mengiktiraf 36 usahawan dan syarikat cemerlang dalam pencapaian membina perniagaan mereka seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa,Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan dan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur