2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan susulan gempa bumi yang berlaku di Wilayah Miyazaki di Kepulauan Kyushu,Jepun pada Khamis yang mencetuskan amaran tsunami / Foto Reuters
PUTRAJAYA,9 Ogos - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan susulan gempa bumi yang berlaku di Wilayah Miyazaki di Kepulauan Kyushu,Jepun pada Khamis yang mencetuskan amaran tsunami.
Wisma Putra memaklumkan,Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau rapi perkembangan tersebut.
"Walaupun tiada kematian dilaporkan,pihak berkuasa masih membuat penilaian kemungkinan berlakunya kecederaan dan kerosakan serius.
"Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut," menurut Wisma Putra menerusi kenyataan.
Wisma Putra turut menasihati rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas untuk menjauhi kawasan pantai,sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa serta arahan yang diberikan pihak berkuasa tempatan.
"Rakyat Malaysia,terutamanya di kawasan terjejas,dinasihatkan untuk mendaftar keberadaan mereka dihttps://ekonsular.kln.gov.my/," menurut Wisma Putra.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo di alamat,20-16,Nanpeidai-cho Shibuya-ku 150-0036 Tokyo atau di talian +81-3-3476-3840,+81-80-4322-3366 (emergency) dan juga Emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
BERITA BERKAITAN:
Gempa kuat di Kyushu Jepun,cetus amaran tsunami
Gempa bumi: Amaran tsunami pulau Kyushu,Shikoku ditarik balik
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur