2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Rumah mangsa rosak teruk akibat dirempuh treler pada kejadian 3 Ogos lalu
KUANTAN,9 Ogos- Sesi khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa dua beradik yang maut selepas rumah dirempuh sebuah treler,di Kampung Ketapang Hilir Pekan minggu lalu,akan diteruskan.
Sesi kaunseling itu antara inisiatif bagi memberikan semangat kepada keluarga mangsa untuk kembali kuat meneruskan kehidupan.
Menurut Exco Kebajikan Masyarakat,Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang,Datuk Sabariah Saidan; pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus melakukan khidmat kaunseling dan lawatan susulan sebagai sokongan moral kepada ahli keluarga.
Selain itu,katanya JKM juga sedia membantu dari segi khidmat nasihat dan keperluan lain dalam memastikan sebarang masalah dihadapi keluarga dihadapi mangsa dapat diselesaikan.
"Seperti yang saya lihat sebelum ini memang keluarga ini berada dalam keadaan murung,kita tengok pada kestabilan emosi keluarga,yalah kehilangan anak dua orang sekali gus,"katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Kursus kepimpinan Wanita Berinovasi “Women As Nation Leaders” (WANLeads),di Kuantan,Pahang.
Dalam kejadian 3 Ogos lalu,dua adik-beradik Nurnazatul Fasiha Nasruddin,31,yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat,Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Maran dan adiknya,Mohd Waldon Faris,21,terkorban,selepas sebuah treler merempuh rumah mereka di Kilometer 5,Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir,Pekan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur