2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Tangki tambahan yang telah diubah suai bagi mengisi minyak disyaki petrol
DURIAN BURUNG,9 Ogos- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menggagalkan cubaan menyeludup disyaki petrol hasil pemeriksaan ke atas dua buah kenderaan yang ditinggalkan di Kompleks Imigresen,Kastam,Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra,Durian Burung,Kedah.
Pengarah KPDN Muhammad Nizam Jamaludin menerusi kenyataan memaklumkan kira-kira230 liter minyak disyaki petrol di dalam tangki kedua-dua kenderaan tersebut disita menerusi Ops Tiris 3.0 semalam .
Katanya anggaran nilai rampasan petroldisitalebih RM500.
Pemeriksaan awal ke atas kedua-dua kenderaan tersebut telah menemui tangki tambahan yang telah diubah suai bagi mengisi minyak disyaki petrol.
Kedua-dua kenderaan turut dirampas bagi siasatan lanjut. Jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan lebih RM20,500.
Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengesan kedua-dua pemilik kenderaan tersebut.
Kes disiasat bawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] dan dibaca bersama Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur