2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pengerusi MAINS,Datuk Seri Dr Abdul Aziz (tengah) pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Anak Asnaf dan Penyerahan Zakat Perniagaan di Seremban.
SEREMBAN,9 Ogos- Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) meraih kutipan zakat sebanyak RM67 juta bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
Pengerusi MAINS,Datuk Seri Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Karim berkata secara keseluruhan sebanyak RM98 juta telah diagihkan kepada asnaf terdiri daripada fakir,misikin,muallaf,ibnu sabil,fisabilillah,amil dan gharimin melibatkan rekod kutipan zakat yang terkumpul setakat ini.
"Daripada jumlah tersebut RM44 juta diserahkan kepada asnaf fisabillah,RM22 juta (asnaf miskin),fakir (RM18 juta),amil (RM5 juta),gharimin (RM1.8 juta),muallaf (RM5.6 juta) dan ibnu sabil (RM 23,560).
"Bagi anak cemerlang asnaf seluruh negeri ini,kita peruntukan RM45,000 bagi meraikan kecemerlangan mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Anak Asnaf dan Penyerahan Zakat Perniagaan di sini.
Abdul Aziz berkata MAINS menyediakan pelbagai skim bantuan pendidikan bagi memastikan anak-anak asnaf mendapat peluang pendidikan yang setara.
Abdul Aziz berkata seramai 4,345 asnaf,fakir dan miskin menerima bantuan am persekolahan disediakan untuk anak-anak yang bersekolah di peringkat rendah dan menengah dan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Sementara itu,pada majlis tersebut 11 syarikat korporat melaksanakan penyerahan lafaz akad Zakat Perniagaan,melibatkan jumlah keseluruhan RM3.7 juta.
Beliau berkata dana zakat daripada syarikat berkenaan bukan sahaja dapat membantu meringankan beban anak-anak asnaf,tetapi juga memberi mereka peluang untuk meraih kejayaan dalam pelajaran serta meningkatan taraf kehidupan yang lebih baik.
"Pendidikan penting untuk membantu anak-anak asnaf membawa perubahan kepada keluarga dan memajukan diri. Ilmu adalah kunci kejayaan dalam hidup," katanya.
Dalam pada itu MAINS melaksanakan Program Kerjasama Latihan dan Kerjaya Anak Asnaf bagi membantu 52 anak-anak asnaf bagi sesi 2023-2024,dengan menyediakan latihan kemahiran,dan peluang pekerjaan.
Menurutnya program itu bertujuan memberikan peluang lebih baik kepada golongan asnaf untuk keluar daripada kemiskinan melalui peningkatan kemahiran dan akses kepada pekerjaan berkualiti.
MAINS dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut memberikan sumbangan wakalah berjumlah RM10,000 dalam bentuk akaun simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM),Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),dan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur