2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menerima Surat Pekeliling Am Bil. Lima Tahun 2024 daripada Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Datuk Seri Azman Ibrahim (dua,kanan) pada majlis peluncuran Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan hari ini / BERNAMA
KUALA LUMPUR,9 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan badan berkanun persekutuan perlu melakukan anjakan paradigma dengan melihat semula struktur dan matlamat penubuhan masing-masing bagi mengelak daripada melakukan tindakan yang melanggar tatakelola.
Beliau berkata,terdapat ruang yang boleh diperbaiki agensi terbabit bagi memastikan penubuhannnya kekal dengan matlamat asal,walaupun prestasinya membanggakan.
Jelasnya,terdapat laporan berkenaan sebuah agensi yang sepatutnya menolong orang miskin,sebaliknya menubuhkan 79 anak syarikat yang tiada kena mengena dengan tujuan asal penubuhannya.
"Sebab tu kalau kita sebut anjakan paradigma,saya minta rakan-rakan,pemimpin lembaga dan badan-badan berkanun untuk melihat bahawa hampir ksesemuanya harus melakukakn anjakan...balik dengan pengurusan utama,lihat semula fokus apa,mengapa ditubuhkan badan ini dan berapa sebenarnya perbelanjaan untuk pengurusan dan kesan kepada rakyat,"katanya.
Sementara itu,beliau turut memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara perlu bertindak lebih tegas terhadap semua agensi dan kementerian serta badan berkanun bagi mengesan sebarang bentuk pelanggaran tatakelola.
Beliau berkata isu pelanggaran tatakelola masih berlaku di semua peringkat bukan sahaja pengurusan yang membabitkan pelantikan politik,malah diperingkat kumpulan profesional dan penjawat awam.
"Saya berterima kasih dengan rakan-rakan jemaah menteri kerana bersetuju membuat beberapa perkara,perubahan yang agak radikal dalam pengurusan tatakelola sehingga tidak diizinkan lagi rundingan terus melainkan isu yang diminta berkaitan keselamatan.
"Prinsip sama itu diguna pakai di semua peringkat badan berkanun..ada kecenderungan syarikat sama ada persekutuan dan negeri syarikat-syarikat atau anak syarikat di situlah banyak pelanggaran yang berlaku sebab itu kita pinda baru-baru ini peraturan yang membolehkan Ketua Audit Negara masuk dan melakukan audit bukan saja di syarikat induk,badan perkara induk dan syarikat bawah,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Peluncuran Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan di Kuala Lumpur.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur