2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,8 Ogos- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Khamis susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yNG menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM29.91 bilion daripada RM30.42 pada sesi pagi manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM19.41 bilion daripada RM18.91 bilion sebelumnya.
Terdahulu,bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.
BNM juga menyemak tender semalaman Murabahah daripada RM19.0 bilion kepada RM19.4 bilion.
Pada 4.00 petang,bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM29.9 bilion dan tender pasaran wang Murabahah benilai RM19.4 bilion,kedua-duanya bagi wang sehari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 7 Ogos. -BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur