2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,8 Ogos- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis sejajar dengan prestasi di pasaran tunai.
Kontrak bulan semerta Ogos 2024 merosot 10.5 mata kepada 1,582.5,September 2024 menyusut 26.5 mata kepada 1,565.5,Disember 2024 berkurang 7.5 mata kepada 1,570.5 sementara Mac 2025 turun 10.5 mata kepada 1,559.5.
Jumlah dagangan menyusut kepada 9,354 lot daripada 15,459 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka merosot kepada 48,301 kontrak daripada 54,809 kontrak.
Pada pukul 5.00 petang,FBM KLCI berkurang 1.49 mata atau 0.09 peratus kepada 1,590.38 daripada 1,591.87 semasa ditutup pada Rabu.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur