2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,8 Ogos- Ringgit melantun semula dan mengakhiri urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),dipacu oleh kelemahan mata wang negara maju itu selain penyusutan hasil nota Perbendaharaannya.
Pada 6.00 petang,ringgit meningkat ke paras 4.4710/4750 berbanding dolar AS daripada 4.4950/5010 pada penutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama,ringgit terus mendapat momentum sokongan di tengah-tengah kebimbangan terhadap ekonomi AS.
“Peningkatan nilai ringgit juga seiring dengan kejatuhan Indeks Dolar AS (DXY). Malah,kemungkinan kenaikan kadar faedah di AS akan merapatkan lagi jurang kadar faedah antara Kadar Dana Persekutuan dan Kadar Dasar Semalaman (Malaysia)," katanya.
Sementara itu,Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes pula menyifatkan kelemahan dolar AS menjadi petunjuk tarikannya sebagai aset selamat kian suram walaupun dalam senario sentimen ketidaktentuan yang berterusan.
"Sentimen pasaran juga menunjukkan sekiranya pasaran AS terus tidak menentu,kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed) melaksanakan pengurangan sehingga 50 mata asas juga ketara yang hanya memihak kepada strategi melepaskan pegangan dolar AS,” katanya.
Pada akhir urus niaga hari ini,ringgit juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama.
Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.6661/6712 daripada 5.7122/7199 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8859/8903 daripada 4.9054/9119 sebelum ini.
Namun,mata wang tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 3.0590/0619 daripada 3.0464/0509 semalam.
Berbanding mata wang ASEAN,ringgit diniagakan bercampur-campur termasuk naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3746/3779 daripada 3.3853/3901 semalam dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.79/7.81 daripada 7.81/7.83.
Ringgit bagaimanapun susut berbanding baht Thailand kepada 12.6382/6545 daripada 12.5999/6230 dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 281.2/281.6 daripada 280.2/280.8. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur