2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,8 Ogos- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis berikutan kenaikan harga minyak soya,kata peniaga minyak sawit David Ng.
Bagaimanapun,Ng berkata kenaikan itu dihadkan oleh kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran pada minggu-minggu akan datang.
"Kami mengesan paras sokongan pada RM3,600 dan rintangan pada RM3,880 satu tan," katanya kepada Bernama.
Sementara itu,Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata pasaran ditutup tinggi hari ini berikutan pemulihan kukuh dalam pasaran minyak soya dan minyak biji sesawi semalaman.
Beliau berkata niaga hadapan minyak sayuran China yang mengukuh ketika waktu dagangan Asia,bersama-sama dengan pemulihan kukuh pasaran tenaga dan ringgit yang lemah sedikit,turut menyokong harga pasaran.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Ogos 2024,September 2024,Oktober 2024,dan Januari 2025 masing-masing naik RM7 kepada RM3,807 satu tan,RM3,770 satu tan,704 satu tan,dan RM3,686 satu tan.
Kontrak November 2024 meningkat RM9 kepada RM3,682 satu tan,manakala Disember 2024 menokok RM11 kepada RM3,680 satu tan.
Jumlah dagangan menyusut kepada 76,438 lot daripada 90,040 lot pada Rabu,manakala kepentingan terbuka turun kepada 222,812 kontrak daripada 224,872 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan susut sebanyak RM20 kepada RM3,860 satu tan.- BERNAMA
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama
PropertyGuru perkenal Lencana Verified elak penipuan ejen hartanah
Mohd Na'im ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Azizi Harun
Datuk Nor Yati Ahmad dilantik Profesor Adjung UiTM
PEWARIS platform pelihara seni bina warisan tempatan
Gagal patuhi syarat kemasukan, 26 warga asing dihalang masuk Malaysia
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur