2024-08-09 berita.rtm.gov.my HaiPress
Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,9 Ogos - Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat walaupun mata wang negara maju itu meningkat susulan pengumuman data tuntutan pengangguran yang lebih rendah daripada dijangkakan,kata pengalisis.
Pada 8 pagi,ringgit naik ke paras 4.4695/4800 berbanding dolar AS daripada 4.4710/4750 pada akhir urus niaga semalam.
Data Tuntutan Pengangguran Awal AS susut kepada 233,000 -- lebih rendah berbanding jangkaan ramai yang mengunjurkan 241,000 manakala minggu sebelumnya pada paras 250,000.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama,data ekonomi yang kukuh itu turut menepis kebimbangan berlakunya kemelesetan di AS yang mendorong kenaikan harga ekuiti dan hasil nota Perbendaharaan.
Sementara itu,Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sedikit kepada 103.22 mata.
“Di sebalik keadaan itu,purata pergerakan empat minggu bagi Tuntutan Pengangguran Awal dan Tuntutan Pengangguran kekal pada paras tinggi yang membuktikan kelemahan asas dalam tenaga kerja AS masih wujud.
"Sehubungan itu,Rizab Persekutuan AS (Fed) berada di landasan tepat bagi untuk mampu memutuskan kadar sesuai (pengurangan faedah) dalam mesyuarat akan datang Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada September," katanya kepada Bernama.
Malah,katanya,tindakan itu pasti memberi sokongan kepada ringgit untuk mengekalkan paras semasa RM4.47 hingga RM4.48.
Beliau berkata paras rintangan semasa dijangka pada 4.5152 manakala sokongan pada 4.4467.
Sementara itu,ringgit juga diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding euro kepada 4.8780/8895 daripada 4.8859/8903 dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0261/0338 daripada 3.0590/0619,semalam.
Namun,ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.6964/7098 daripada 5.6661/6712 pada sesi akhir semalam.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN,termasuk mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3699/3781 daripada 3.3746/3779 dan naik berbanding rupiah Indonesia pada 281.1/282.0 daripada 281.2/281.6.
Berbanding baht Thailand,ringgit susut pada 12.6611/6988 daripada 12.6382/6545 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.79/7.82. - BERNAMA
ASEAN lancar Deklarasi Kuala Lumpur 2045 sebagai hala tuju serantau baharu - Tengku Zafrul
Kapasiti penggunaan industri pembuatan cecah 81.8% suku pertama 2025
Pergerakan penumpang Malaysia Airports naik 13.9% pada April, catat 12.1 juta penumpang
Pasaran getah susut susulan kelemahan serantau
ASEAN perlu kerjasama kukuh capai matlamat peralihan tenaga
NTW: 65,000 kursus pembangunan kemahiran percuma ditawarkan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur