2024-08-10 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,9 Ogos- Kementerian Kewangan (MOF) akan melanjutkan mekanisme pembayaran balik secara tunai sehingga Ogos 2024 kepada pemilik kenderaan logistik berkelayakan yang masih belum menerima 'fleet card'.
Menurut MOF,kemudahan itu terbuka hanya kepada pemilik kenderaan logistik berkelayakan yang sudah diluluskan permohonan mereka di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 pada atau sebelum 30 Jun lalu.
"Lanjutan ini membolehkan pemohon yang layak untuk membuat tuntutan bagi penggunaan diesel dari 10 Jun hingga 31 Ogos ini atau sehingga menerima 'fleet card' atau bagi tempoh maksimum tiga bulan sahaja," menurut kenyataan itu.
Menerusi kenyataan sama,Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata hari terakhir untuk mengemukakan tuntutan juga telah dilanjutkan kepada 15 September ini.
Terma dan syarat lain yang dinyatakan di siaran media bertarikh 28 Jun 2024 kekal tidak berubah.
Pemilik kenderaan logistik yang layak boleh mula mengemukakan tuntutan bulan Ogos 2024 mulai 12 Ogos 2024.
Pelanjutan pembayaran tunai itu memberi masa yang secukupnya kepada syarikat-syarikat logistik berkelayakan untuk menerima 'fleet card' dan tidak menghadapi sebarang kesulitan menerima subsidi bersasar.
Pemilik kenderaan logistik yang layak boleh memohon untuk mendapat pembayaran balik tunai itu melalui portal BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my.
Pemohon yang layak akan diberi bayaran balik secara tunai untuk menampung perbezaan antara harga runcit diesel pada tarikh pembelian berbanding harga SKDS 2.0 sebanyak RM2.15 seliter.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur