2024-08-10 berita.rtm.gov.my HaiPress

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Langkawi (A-KAWI) kali ke-11 meraikan 81 pelajar cemerlang Langkawi
LANGKAWI,10 Ogos- Seramai 81 pelajar cemerlang Langkawi diraikan melalui Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Langkawi (A-KAWI).
Mereka terdiri daripada 53 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 28 pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari lapan sekolah di Langkawi.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Datuk Haslina Abdul Hamid berkata,A-KAWI telah dianjurkan untuk kali ke-11 itu bertujuan memberi dorongan dan motivasi kepada para pelajar agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.
"Program seperti ini akan diteruskan bukan hanya untuk pelajar yang cemerlang tetapi juga bagi mereka yang menunjukkan peningkatan," katanya dalam ucapan di sini.
Pada tahun ini,turut diperkenalkan dua kategori baru,iaitu Anugerah Terbaik Pendidikan Khas (Sekolah Menengah) dan Anugerah Pelajar Terbaik SPM (Sekolah Swasta).
Sementara itu empat sekolah turut menerima pengiktirafan dalam kategori Sekolah Menengah Terbaik antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra memenangi kategori Sekolah Harian Terbaik untuk SPM dan Sekolah Menengah Terbaik untuk STPM.
Anugerah Lonjakan Perdana Sekolah Menengah (SPM) untuk Gred Purata diraih oleh Maktab Mahmud Langkawi,manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat menerima Anugerah Lonjakan Perdana untuk kategori Layak Mendapat Sijil.
Bagi Anugerah Pelajar Terbaik (Keseluruhan),Muhammad Ajmal Danish Ahmad dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra dinobatkan sebagai penerima untuk SPM,sementara Muhammad Syamim Azfar Mohamad Syukri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri menerima anugerah tersebut untuk STPM.
Manakala Nurulhuda Izzati Zamri menjadi penerima pertama Anugerah Terbaik Pendidikan Khas (Sekolah Menengah).
Selain itu,Anugerah Tokoh Pendidik A-KAWI turut diberikan kepada Mohd. Kamal Hashim,yang merupakan salah seorang yang mencetuskan idea dan menyumbang tenaga untuk penganjuran A-KAWI sejak 11 tahun yang lalu.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur