2024-08-10 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
KUALA TERENGGANU,10 Ogos - Seorang mekanik ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang ketika menunggang ski jet di Sungai Terengganu berhampiran Masjid Kristal,Taman Tamadun Islam (TTI),di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner (ACP) Azli Mohd Noor berkata,pasukan mencari dan menyelamat menemukan mangsa Abdullah A. Mubin,44,terapung kira-kira pukul 9.28 pagi,100 meter dari lokasi ski jet itu terbalik.
"Mangsa tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian berlaku. Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.25 pagi semalam.
"Setibanya di lokasi,Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memulakan operasi pencarian terlebih dahulu sebelum bantuan daripada Polis Marin digerakkan," katanya.
Berdasarkan maklumat saksi kejadian,mangsa cuba berenang ke tebing untuk menyelamatkan diri sebelum tenggelam.
Operasi pencarian yang melibatkan 87 pegawai dan anggota pelbagai agensi penyelamat termasuk orang awam selain dibantu dua anjing pengesan (K9) milik Polis Diraja Malaysia ditamatkan pada 10 pagi tadi.
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.
Semalam,dilaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh selepas ski jet yang ditunggangnya hilang kawalan ketika menguji jentera terbabit.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur