2024-08-10 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Hiasan
KUALA TERENGGANU,10 Ogos - 'Tiada Yang Terpinggir',tema Karnival Kerjaya MyFuture JobsPertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 2024 Terengganu 2024 yang bakal diadakan pada 25 dan 26 Ogos ini,di KTCC Mall.
Pengarah PERKESO Terengganu Farihah Che Husin berkata,karnival selama dua hari itu bakal menawarkan lebih 5,000 kekosongan pekerjaan melibatkan penyertaan lebih 60 majikan.
Pelbagai bidang pekerjaan secara terus ditawarkan adalah khas untuk rakyat negeri Terengganu bermula lepasan sekolah hingga ke peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD).
"Jadi pihak PERKESO menyasarkan lebih 6,000 pengunjung akan menghadiri karnival tersebut. Hebahan sedang dilaksanakan dan kita juga menjangkakan lebih 20 peratus daripada pencapaian pada tahun lepas akan disasarkan untuk penempatan pekerjaan," kata Farihah.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian faedah PERKESO kepada waris kedua-dua mangsa kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kemajuan,Kuala Terengganu pada malam 27 Julai lalu di Wisma PERKESO Terengganu.
Sebagai rekod pada sesi karnival 2023,pihaknya mencatatkan seramai 5,320 calon pemohon yang hadir dan daripada jumlah itu seramai 1,751 orang berjaya ditawarkan pekerjaan dan temuduga kedua.
Seramai 474 orang mendapat surat tawaran pada karnival berkenaan.
Terdahulu,kedua-dua waris Muhammad Hanif Idham dan waris Nurshabirah Izzani terdiri daripada ibu bapa masing-masing hadir menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM3,000 setiap keluarga.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur