2024-08-10 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL
KUALA TERENGGANU,10 Ogos - Sebanyak 521 Program Jualan Rahmah (PJR) diadakan di seluruh Terengganu hingga Khamis lalu.
Pelaksanaan program itu berjaya mencatatkan rekod jualan hampir RM22 juta.
Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata,program tersebut diadakan di lapan kawasan Parlimen dan 32 Dewan Undangan Negeri (DUN).
Penganjurannya memberi kesan positif dalam usaha meringankan kos sara hidup rakyat.
Mengikut rekod,lebih setengah juta pengunjung tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan mereka.
Penganjurannya dengan kerjasama pemain industri sektor peruncitan tersebut menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga biasa.
"Secara keseluruhannya kita sudah tetapkan dua kali di setiap DUN,jadi kita ada 32 DUN,kita sudah laksanakan 64 kali setiap bulan tanpa gagal. Samada di premis atau secara bergerak ke lokasi yang sudah ditentukan.
Pada masa sama kita juga ada permintaan daripada pemimpin setempat,daripada agensi dan sebagainya. Bagaimanapun kita akan libatkan daripada segi kesesuaian permintaan tersebut kerana fokus kita kepada komuniti," kata Saharuddin,di sini.
Mengulas lanjut beliau berkata,Jualan Rahmah Bergerak turut dijalankan di kawasan kepadatan penduduk yang tinggi dan kawasan luar bandar.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur