2024-08-10 berita.rtm.gov.my HaiPress

Fahmi Fadzil (tengah) bersama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan,Julina Johan (kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi,Mohamad Fauzi Md Isa (kiri) pada Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Jalur Gemilang 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini
KUALA LUMPUR,10 Ogos- Semua kementerian akan mengumpulkan data prestasi berhubung pencapaian Kerajaan MADANI yang akan dibentangkan Perdana Menteri minggu depan,kata Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap kerajaan berkata,data berkenaan adalah selari kerangka Ekonomi MADANI yang dilancarkan pada Julai tahun lepas.
"Hasil lebih kurang setahun ini,Insya-Allah akan diserahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk dibentangkan (data prestasi atau pencapaian) bagi makluman kepada semua dan sebagai rakyat biasa kita mampu lihat bahawa usaha (Kerajaan MADANI) selama lebih setahun ini membuahkan hasil.
"Pelaburan telah meningkat berbanding tahun lalu. Laporan menunjukkan jumlah syarikat yang disenaraikan Malaysia bagi setengah tahun pertama ini,jauh lebih tinggi berbanding beberapa negara Asia Tenggara.
"Kita lihat nilai mata wang ringgit telah mengukuh,setakat semalam ringgit berbanding AS dollar pada paras 4.415 dan kita juga tahu inflasi kekal rendah," katanya.
Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Jalur Gemilang 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur