2024-08-10 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto: APM Perak
GERIK,10 Ogos- Seramai 101 orang daripada 37 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang berlaku di daerah Hulu Perak,di sini.
Hujan lebat berterusan sejak petang Jumaat hingga larut malam telah menyebabkan tiga kampung dinaiki air.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan,dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka seawal 1.00 pagi pada Sabtu.
"PPS di Hulu Perak melibatkan SK Basia Lama dan SMK Gerik menempatkan 64 orang daripada 21 keluarga dari Kampung Badaring dan Kampung Sira Panas manakala 37 orang daripada 16 keluarga dari Kampung Padang," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu terdapat satu lagi PPS dibuka di Hilir Perak akibat kejadian kebakaran yang membabitkan 22 orang daripada empat keluarga.
"PPS di Hilir Perak iaitu Dewan MPTI Taman Desa Aman pula melibatkan kawasan yang terjejas terbakar di Lorong 9,Taman Muhibbah,Teluk Intan," katanya.
Dalam pada itu,Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan ramalan cuaca di Perak dengan hampir semua daerah akan hujan pada sebelah petang dan malam hari ini.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur