2024-08-10 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR,10 Ogos - Komuniti media mempunyai hak membuat laporan atau penulisan selain melindungi kerahsiaan sumber berpandukan kod etika kewartawanan.
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil menegaskan pihak media juga perlu memberi kerjasama terhadap sebarang siasatan sekiranya ia melibatkan laporan polis.
"Kalau kita rujuk kod etika kewartawanan yang telah diterbitkan,memang kita beri penegasan bahawa wartawan mempunyai hak kerahsiaan sumber,tidak menjadi masalah. Pada masa yang sama,saya mohon semua (wartawan) berikan kerjasama kepada pihak polis kerana dari segi peraturan,sekiranya ada laporan polis maka pihak polis perlu melakukan siasatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,di sini.
Fahmi mengulas mengenai tiga wartawan portal berita yang dipanggil polis pada Jumaat untuk memberi keterangan berhubung laporan berita mengenai pertukaran kepimpinan tertinggi pasukan PDRM.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur