2024-08-10 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,9 Ogos- Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini dengan paras lebih kukuh berbanding beberapa mata wang utama dan meningkat 1.11 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat,dipacu sentimen lebih baik susulan prospek yang cerah,kata penganalisis.
Pada pukul 6 petang,ringgit meningkat kepada 4.4200/4280 berbanding dolar AS daripada 4.4710/4750 ketika ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama ringgit terus mencatatkan prestasi lebih baik berbanding beberapa mata wang utama,disokong oleh keadaan makroekonomi yang memberangsangkan.
Beliau berkata data Tuntutan Pengangguran yang lebih rendah berbanding jangkaan di AS pada Khamis mendorong pemulihan pasaran daripada kebimbangan awal.
Pada Jumaat,Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 5.0 peratus pada Jun 2024 dipacu oleh pertumbuhan konsisten sektor pembuatan.
“IPP yang lebih tinggi daripada jangkaan itu menunjukkan ekonomi Malaysia meraih manfaat daripada permintaan global yang bertambah baik terutama dalam sektor berkaitan teknologi,di samping permintaan domestik yang mampan,” katanya.
Semasa penutupan dagangan hari ini,ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit domestik meningkat berbanding euro kepada 4.8253/8340 daripada 4.8859/8903 ketika ditutup pada Khamis,serta lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.0019/0075 daripada 3.0590/0619.
Ringgit lebih kukuh berbanding pound British kepada 5.6373/6475 daripada 5.6661/6712 semalam.
Unit tempatan juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang negara Asean.
Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3381/3444 daripada 3.3746/3779 semalam dan melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 277.5/278.2 daripada 281.2/281.6.
Mata wang tempatan lebih teguh berbanding baht Thailand kepada 12.5234/5514 daripada 12.6382/6545 semalam,dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.73 daripada 7.79/7.82 sebelum ini.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur