2024-08-10 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,10 Ogos- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam dagangan jajaran kecil minggu depan,menjejaki prestasi niaga hadapan COMEX gold,kata seorang penganalisis.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran emas meningkat semula selepas penjualan baru-baru ini berikutan pengurangan risiko global secara menyeluruh apabila pelabur berebut-rebut untuk menjual secara tunai.
“Susulan keadaan panik semakin reda ketika ini,emas berkemungkinan bergerak seiring dengan dolar US,ia akan sangat bergantung kepada bagaimana data Amerika Syarikat (AS) terbentuk dan sejauh mana penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS akan mempengaruhi pasaran.
“Kami menjangkakan harga emas berada dalam julat antara US$2,410 setiap auns troy dan US$2,450 setiap auns troy,” katanya kepada Bernama.
Pada asas mingguan,bulan semerta Ogos 2024 merosot kepada US$2,427.40 setiap auns troy daripada US$2,474.50 setiap auns troy pada minggu sebelumnya manakala September 2024,Okober 2024,November 2024,Disember 2024 dan Februari 2025 semuanya turun kepada US$2,431.10 setiap auns troy daripada US$2,474.50 setiap auns troy sebelum ini.
Jumlah dagangan niaga hadapan emas di pasaran tempatan meningkat kepada 162 lot daripada 150 lot pada minggu sebelumnya,manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 56 kontrak daripada 77 kontrak pada minggu terdahulu.
Harga emas fizikal berada pada US$2,411.45 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 8 Ogos.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur