2024-08-10 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,9 Ogos- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini seiring dengan prestasi kukuh niaga hadapan emas COMEX.
Pada penutup dagangan,kontrak Ogos 2024 meningkat kepada AS$2,427.40 setiap auns troy daripada AS$2,414.30 setiap auns troy ketika ditutup semalam.
Sementara itu,kontrak September 2024,Oktober 2024,November 2024,Disember 2024,dan Februari 2025 semuanya ditutup tinggi kepada AS$2,431.10 setiap auns troy berbanding AS$2,418.00 setiap auns troy sebelum ini.
Jumlah dagangan meningkat kepada 26 lot daripada 24 lot semalam,manakala kepentingan terbuka menurun kepada 56 kontrak daripada 75 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada AS$2,411.45 setiap auns troy mengikut penetapan harga oleh London Bullion Market Association pada 8 Ogos. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur