2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,12 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di bangunan Perdana Putra,Putrajaya.
Menerusi catatan di Facebook,Anwar berkata beliau telah menyampaikan amanat kepada Shamsul Azri supaya menjunjung tinggi prinsip tatakelola dalam menggalas amanah,serta perlu bekerja keras untuk memastikan dasar kerajaan berjalan dengan baik demi kemakmuran rakyat dan negara.
“Perbincangan kami turut menyentuh mengenai struktur gaji baharu penjawat awam yang bakal diumumkan ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) dan dalam pembentangan Belanjawan 2025,insya-Allah,” menurut catatan itu.
Shamsul Azri yang merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS),dilantik sebagai KSN ke-16 berkuat kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos lepas.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur