2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad pada program Hari Bertemu Pelanggan Siri 6 tahun 2024 di Dewan Jubli Perak,Kuala Kangsar/ Foto FB saaranimohamadofficial
KUALA KANGSAR,12 Ogos-Kerajaan Negeri Perak akan menggunakan pelbagai pendekatan dalam memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai prosedur berkaitan tanah.
Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad berkata,setiap kali berlangsung Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak,isu-isu berkaitan prosedur tanah paling banyak diterima seperti bicara kuasa,cukai,premium permohonan tanah dan sebagainya.
"Ada tanahnya atas itu ada Dewan Orang Ramai semasa tok ketua kampung benarkan kerajaan bina bangunan tersebut,sekarang bila tiba masa cucu dia hendakkan tanah itu jadi benda-benda yang hendak didik supaya tuan punya tanah termasuk surau sebab tu sekarang kita mensyaratkan surau,masjid,tanah perkuburan hendaklah didaftarkan atas nama MAIPK",katanya ketika ditemui pada program Hari Bertemu Pelanggan Siri 6 tahun 2024 di Dewan Jubli Perak,di sini.
Sebanyak 177 aduan diterima sepanjang penganjuran program itu daripada penduduk sekitar daerah tersebut.
Secara keseluruhan sebanyak 998 aduan telah diterima setakat Siri ke-5 Hari Bertemu Pelanggan dengan 957 daripadanya telah berjaya diselesaikan manakala bakinya masih dalam tindakan
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur