2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FACEBOOK Jabatan Penerangan WP Labuan/JBPM Labuan
KUALA LUMPUR,13 Ogos-Melaka,Negeri Sembilan dan Labuan masih terjejas banjir dengan seramai 265 orang daripada 69 keluarga berlindung di sembilan buah pusat pemindahan sementara (PPS),setakat pukul 6.00 pagi tadi.
Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC),Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan banjir menjejaskan daerah Alor Gajah,Melaka,melibatkan 240 penduduk daripada 62 keluarga di sebuah PPS.
Negeri Sembilan pula melibatkan 27 penduduk daripada lima keluarga di sebuah PPS dekat daerah Rembau.
Sementara itu,daerah Labuan,Labuan merekodkan lapan penduduk terjejas daripada dua buah keluarga yang berlindung di sebuah PPS.
Bagaimanapun angka penduduk terjejas pagi ini berkurangan berbanding 272 orang pada 12.00 tengah malam tadi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur