2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM
KUALA NERANG,12 Ogos-Seorang lelaki warga emas nyaris maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Kemalangan berlaku di Kampung Belimbing,Jalan Padang Sanai,Kuala Nerang dekat Padang Terap,Kedah kira-kira pukul 4 petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang,PBK II Shahibudin Murad berkata setibanya di lokasi mendapati,sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas di kaki lima jalan dan terbalik.
Pihaknya mendapati seorang mangsa,lelaki warga emas tersepit di dalam kereta.
Beliau berkata anggota bomba mengeluarkan mangsa tersebut dengan mengumpil pintu kenderaan berkenaan.
Mangsa,Abdul Hadi Harun,76 tahun,mengalami kecederaan di bahagian kepala dan patah tangan kanan.
Mangsa dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur