2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Keadaan banjir di Jalan IKS Masjid Tanah 2 di Alor Gajah,Melaka pada Ahad lepas/FB Angkatan Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah Melaka
MELAKA,13 Ogos- Jumlah penduduk terjejas banjir di Alor Gajah menurun kepada 237 orang daripada 61 keluarga setakat 7.00 pagi ini berbanding 407 orang daripada 121 keluarga pada 7.30 malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka,Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata,kesemua penduduk ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.
"PPS Balai Raya Paya Lebar menempatkan 61 penduduk daripada 13 keluarga,PPS Balai Raya Ayer Paabas (tiga penduduk daripada tiga keluarga) dan PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ar-Rasyidin (13 keluarga daripada tiga keluarga).
"Selain itu,PPS Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi (105 orang daripada 26 keluarga),PPS Dewan Japerun Ayer Limau (44 orang daripada 12 keluarga) dan PPS Balai Raya Seri Jeram (11 orang daripada empat keluarga)," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata,antara kawasan terjejas termasuklah Kampung Paya Lebar,Kampung Ramuan China Besar,Kampung Bukit Apit,Kampung Ayer Limau,Kampung Sungai Jernih,Kampung Lekok,Kampung Paya Rumput,Kampung Lubok China,Taman Masjid Tanah Ria,Taman Bandar Baru Masjid Tanah,Kampung Rantau Panjang dan Kampung Berisu.
Selain itu,turut terjejas Taman Awan Biru,Taman Seri Bayu 2 dan 3,Taman Seri Aman,Kampung Belimbing Dalam,Kampung Solok Ayer Limau,Kampung Seri Jeram,Kampung Ladang,Kampung Keramat Lebai,Panchor dan Taman Rembia Jaya.
Cuaca dilaporkan cerah pagi ini dan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur