2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Digital,Gobind Singh Deo
PETALING JAYA,12 Ogos-Kementerian Digital sedang merangka penggubalan dasar mengenai teknologi kuantum atau komputer kuantum untuk mengukuhkan lagi perlindungan data peribadi.
Menteri Digital,Gobind Singh Deo berkata,kementerian bakal meneliti aspek data secara menyeluruh keperluan untuk meningkatkandaya tahan infrstruktur siber,sekali gus mempersiap Malaysia bagi mendepani teknologi baharu berkenaan.
"Kita memberi perhatian supaya kita dapat menggubal polisi-polisi yang baharu,bergerak ke depan mengambil kira apa yang kita lihat sebagai pembangunanterkini keperluan untuk pastikan bahawa keselamatan siber kita bukan sahaja cukup lengkap tetapi juga selari dengan keperluan-keperluan keselamatan siber di peringkat antarabangsa",katanya demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) keselamatan siber dan meningkatkan ketahanan digital negara antara Axiata Group Berhad (Axiata) dengan CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di Menara CelcomDigi di sini.
Ujarnya,sejajar dengan peningkatan ancaman siber di peringkat nasional dan global,Gobind juga berharap agar Akta Keselamatan Siber yang diwartakan pada 26 Jun lepas,dapat dikuatkuasakan,bulan ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur