2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,12 Ogos- Ringgit terus dibuka pada paras yang lebih baik pagi ini,didorong oleh sentimen yang berdaya tahan menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2024 pada minggu ini,kata penganalisis.
Pada pukul 8.00 pagi,mata wang tempatan naik 30 peratusan dalam mata (pip) kepada 4.4170/4290 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4280 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid percaya data suku kedua yang akan diumumkan pada Jumaat ini tidak akan jauh daripada anggaran awal pertumbuhan sebanyak 5.8 peratus.
“Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) pada Julai akan dikeluarkan pada Rabu,Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pada Selasa,dengan trend disinflasi akan kekal,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu,KDNK Jepun pada suku kedua 2024 akan diumumkan pada Khamis dengan anggaran konsensus menunjukkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 2.1 peratus selepas ekonomi menguncup 1.8 peratus pada suku pertama 2024.
“Oleh itu,pendirian dasar monetari Bank of Japan juga akan menjadi tumpuan berikutan peniaga menunggu petunjuk untuk melepaskan dagangan bawaan yen,” katanya.
Justeru,katanya AS/MYR akan berada hampir kepada paras sokongan segera pada RM4.40 hari ini.
Sementara itu,mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.8198/8329 daripada 4.8253/8340 dan naik berbanding pound kepada 5.6303/6456 daripada 5.6373/6475 pada Jumaat lepas serta merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0035/0121 daripada 3.0019/0075 sebelum ini.
Bagaimanapun,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3348/3442 daripada 3.3381/3444 pada Jumaat lepas dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 277.3/278.2 daripada 277.5/278.2.
Mata wang tempatan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.5280/5795 daripada 12.5234/5514 dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.74 daripada 7.71/7.73.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur