2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto: BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Ogos - Wakil daripada ibu pejabat Tesla di Amerika Syarikat akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri pada 22 Ogos ini untuk membincangkan rancangan selanjutnya berkaitan pelaburan syarikat itu di Malaysia.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata persetujuan dengan Tesla sebelum ini adalah untuk melabur dalam ekosistem pengecasan,penyelidikan dan pembangunan serta sektor lain yang berkaitan.
“Berkaitan isu mengenai kilang Tesla (di Thailand) yang hangat diperkatakan ketika ini,setakat ini,maklumat yang diterima hanya laporan daripada pihak ketiga dan bukan daripada sumber rasmi Tesla. Namun,untuk berlaku adil kepada Tesla,mereka tidak pernah berjanji untuk membuka kilang di sini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Mini MITIday dan majlis pecah tanah dewan serba guna terbuka Kampung Angkat Madani di Kampung Tebuk Mufrad,Sungai Air Tawar,Sabak Bernam hari ini.
Tengku Zafrul berkata kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas pertemuan dengan wakil Tesla dan memastikan komitmen yang dijanjikan sebelum ini akan terus dipenuhi.
“Namun,saya ingin mengetahui apakah rancangan mereka seterusnya. Buat masa ini,perkhidmatan pusat servis Tesla sedia ada akan terus beroperasi seperti biasa,” kata beliau.
Setakat ini,Tesla telah membangunkan empat pusat pengalaman di Malaysia.
Syarikat automotif multinasional itu juga telah melepasi sasaran untuk memasang 50 unit pengecas apabila telah membangunkan 52 unit pengecas segera dengan kapasiti melebihi 180 kilowatt di pelbagai tempat di Lembah Klang,Johor,Melaka,Pulau Pinang dan Pahang. -BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur