2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,12 Ogos - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi kukuh niaga hadapan emas di New York Commodities Exchange (COMEX).
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Ogos 2024 meningkat kepada US$2,452.50 setiap auns troy daripada paras penutup US$2,427.40 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas.
Manakala September 2024,Oktober 2024,November 2024,Disember 2024 dan Februari 2025 semuanya ditutup tinggi pada US$2,456.20 setiap auns troy daripada US$2,431.10 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan menyusut kepada tujuh lot daripada 26 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka merosot kepada 19 kontrak daripada 56 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$2,427.35 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 9 Ogos 2024. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur