2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,12 Ogos- Ringgit menurun daripada kenaikan minggu lepas untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan pengambilan untung,kata penganalisis.
Pada 6 petang ringgit susut kepada 4.4500/4580 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4280 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan kini berada dalam keadaan terlebih beli susulan kenaikan baru-baru ini.
“Ringgit lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama dan serantau hari ini apabila kalangan peniaga mengambil sejumlah keuntungan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata paras sokongan dan rintangan dolar AS/ringgit masing-masing pada RM4.4005 dan RM4.4960.
Mohd Afzanizam berkata peserta pasaran sedang memantau data inflasi yang akan datang di AS terutama Indeks Harga Pengguna bagi Julai yang akan dikeluarkan pada Rabu dan Indeks Harga Pengeluar pada Selasa.
Peserta pasaran juga sedang menunggu petunjuk baharu minggu ini iaitu data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2024 yang akan diumumkan pada Jumaat.
Pada penutup dagangan,ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan turun berbanding euro kepada 4.8630/8717 daripada 4.8253/8340 ketika ditutup Jumaat lepas,dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.0206/0263 daripada 3.0019/0075.
Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.6760/6862 daripada 5.6373/6475.
Ringgit juga didagangkan rendah berbanding mata wang negara Asean.
Mata wang domestik turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3600/3663 daripada 3.3381/3444 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas,dan lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 278.8/279.5 daripada 277.5/278.2.
Unit tempatan susut berbanding baht Thailand kepada 12.6130/6414 daripada 12.5234/5514 pada akhir minggu lepas,dan susut berbanding peso Filipina kepada 7.76/7.78 daripada 7.71/7.73.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur