2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,12 Ogos- MSM Malaysia Holdings Bhd melantik Nur Izwan Mohd Nawawi sebagai pegawai bertanggungjawab secara interim berkuat kuasa 12 Ogos 2024,berikutan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat itu,Dr Mazatul ‘Aini Shahar Abdul Malek Shahar.
Pengeluar gula bertapis itu berkata Nur Izwan akan memikul tanggungjawab CFO sehingga lembaga itu mengenal pasti calon yang sesuai untuk jawatan itu.
"Sepanjang tempoh ini,Nur Izwan akan memastikan semua transaksi dan operasi berkaitan kewangan berjalan secara berterusan dan tidak terganggu," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Nur Izwan memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan mempunyai pengalaman mendalam selama 22 tahun dalam perakaunan dan kewangan,kata MSM.
Beliau juga ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA),katanya.
Terdahulu,dalam makluman berasingan MSM berkata Mazatul ‘Aini Shahar meletak jawatan untuk memegang jawatan sebagai CFO di sebuah institusi kewangan.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur