2024-08-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara,hari ini/Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR,13 Ogos - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara,hari ini.
Dalam catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,pertemuan bersama Anwar bersempena mesyuarat Pra-Kabinet.
Turut dimuat naik beberapa keping gambar memaparkan pertemuan yang berlangsung di Istana Negara itu.
Pertemuan bersempena mesyuarat pra-kabinet merupakan rutin utama Seri Paduka bersama Perdana Menteri bertukar-tukar pandangan dalam menguruskan hal ehwal kerajaan demi kepentingan rakyat dan negara.
Mesyuarat Pra-Kabinet yang pertama ialah pada 13 Feb 2019.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur