2024-08-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari
SHAH ALAM,13 Ogos- Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari lebih selesa,kekal menerajui Selangor berbanding dilantik sebagai menteri pada peringkat pusat.
Jelasnya,setakat ini,beliau tidak mendengar apa-apa berita berkaitan dirinya akan ditarik keluar dari Selangor untuk membarisi kabinet pada peringkat pusat.
"Setakat ini,tiada apa-apa khabar lagi yang singgah ke telinga saya. Untuk kelangsungan pelan yang kita buat ini,saya lebih memilih untuk kekal bagi memastikan semua rancangan di Selangor,dapat realisasikan apa yang kita janjikan."
"Kalau tidak nanti pengubahsuaian berlaku,mungkin akan memberi kesan kepada prestasi semasa kerajaan negeri," kata Amirudin kepada pemberita hari ini,pada Majlis Pelancaran Program Tuisyen Rakyat Selangor 2024.
Beliau mengulas mengenai dakwaan salah seorang Menteri Besar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menjadi menteri.
Datuk Seri Amirudin bagaimanapun,akur sebagai ahli yang patuh,dengan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh pucuk pimpinan parti pada masa akan datang.
"Setakat ini,tiada rombakan barisan Exco Negeri memandangkan Selangor telah memiliki pasukan yang mantap. Barisan Exco telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan bekerjasama antara satu sama lain namun perlu memperbaiki prestasi masing-masing," tambahnya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur