2024-08-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Digital,Gobind Singh Deo
PUTRAJAYA,13 Ogos- Perniagaan berasaskan ekonomi digital perlu diperkasa sebaik mungkin bagi mendokong industri berkaitan beralih kepada perniagaan berteknologi baharu.
Jelas Menteri Digital,Gobind Singh Deo,penggunaan platform tersebut dilihat mampu memperluas pasaran serta mengekalkan perniagaan sedia ada selain bersaing di pasaran antarabangsa.
Justeru,satu perbincangan akan diadakan bersama Kementerian Kewangan bagi membincangkan perkara berkaitan dana serta inisiatif bagi mengerakkan usaha tersebut.
"Saya rasa semua faham dalam dunia digital,kita semua tahu teknologi boleh membantu perniagaan kita. Bolehkah kerajaan melihat bagaimana insentif boleh digunakan supaya kita boleh menggalakan lebih lagi daripada peniaga-peniaga kecil,industri-industri kecil untuk menggunakan teknologi sedia ada."
"Apakah sebenarnya jenis insentif itu sama ada dari sudut percukaian ataupun insentif yang lain," kata Gobind kepada pemberita selepas sesi taklimat bersama pemegang taruh dan pemain industri bagi Cadangan Inisiatif Bajet 2025 Kementerian Digital,di sini hari ini.
Tambahnya,pembangunan bakat mahir dalam ekonomi digital perniagaan turut diberi fokus dalam belanjawan tahun 2025.
Dalam pada itu,Pendidikan dan Latihan Digital dan Vokasional (DVET) yang dijangka dilancarkan pada September depan,turut memfokuskan kepada penyediaan serta ketersediaan bakat.
Ia bagi memenuhi permintaan industri termasuk tenaga kerja mahir untuk lima tahun akan datang.
Menurut Gobind,DVET akan dilaksana melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC),selain jalinan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur