2024-08-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Sukarelawan dan masyarakat setempat meraikan usaha dalam melindungi Harimau Malaya serta memelihara ekosistem di Taman Negeri Royal Belum
KUALA LUMPUR,13 Ogos- Sambutan Hari Harimau Sedunia dan Hari Renjer Sedunia dilihat sebagai usaha pemuliharaan kolaboratif dalam melindungi Harimau Malaya dan habitat semulajadinya.
Menurut kenyataan kepada RTM,ia merupakan komitmen berterusan terhadap usaha kolaboratif dalam pemuliharaan harimau serta penglibatan negeri Perak.
Program yang dianjurkan Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) serta Persatuan Pelindung Harimau Malaysia (RIMAU) itu diadakan di Taman Negeri Royal Belum.
Majlis berkenaan dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) Datuk Dr Ching Thoo Kim,bersama-sama wakil daripada pelbagai organisasi dalam pemuliharaan hidupan liar.
Sambutan itu turut melancarkan 'Rumah Baca' di Kampung Tanhain.
"Kerjasama antara kerajaan dan masyarakat tempatan dilihat usaha yang membolehkan kita untuk melindungi Harimau Malaya.
"Inisiatif Royal Belum ini mencerminkan pendekatan keseluruhan masyarakat Malaysia terhadap perlindungan biodiversiti termasuk kelangsungan hidup harimau dan ekosistem," kata Ching Thoo Kim.
Ketika ini dianggarkan populasi Harimau Malaya kurang daripada 150 ekor.
Sehubungan itu menurut Pemangku Pengarah PTNP Lau Ching Fong,pelbagai usaha perlu dipergiatkan dalam membendung pemburuan haram selain mengekalkan habitat 'Sang Belang'.
"Hari Harimau Sedunia memperkukuh tanggungjawab untuk melindungi Harimau Malaya daripada kepupusan. Melalui perkongsian pelbagai sokongan dengan agensi kerajaan,terutamanya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN),Polis Diraja Malaysia (PDRM)
"...Jabatan Perhutanan,dan Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPk) serta pertubuhan seperti RIMAU,Yayasan Sime Darby (YSD),Yayasan Hasanah,Amanah Lestari Alam (ALAM),Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia,dan komuniti tempatan,kami berhasrat untuk memulihara harimau ini melalui usaha bersepadu termasuk rondaan antipemburuan haram,penyelidikan,pendidikan dan kesedaran,penglibatan komuniti dan habitat pengurusan.
"Usaha yang diselaraskan ini adalah penting untuk pemuliharaan harimau dalam landskap ini,yang seterusnya akan memastikan integriti ekosistem kita," tambahnya lagi.
Anak-anak Orang Asli suku Jahai di hadapan 'Rumah Baca' yang baru dilancarkan di Kampung TanhainiCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur