2024-08-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto: FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,14 Ogos - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Rais Republik Tatarstan,Rustam Minnikhanov,semalam.
Menerusi catatan dalam Facebook hari ini,Anwar berkata pertemuan itu berlangsung di Perdana Putra,Putrajaya bersempena dengan lawatan kerja dua hari Minnikhanov ke Malaysia.
“Kami berbicara panjang seputar usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Rusia dengan dunia Islam,khususnya membabitkan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
“Perbincangan kami turut menyentuh penyertaan Malaysia ke dalam gabungan BRICS (Brazil,Rusia,India,China dan Afrika Selatan). Saya menegaskan komitmen Malaysia untuk menyertai gabungan ini,sepertimana yang telah dinyatakan kepada Rusia sebelum ini,” menurut catatan itu.
Perdana Menteri berkata pertemuan turut digunakan bagi meneroka potensi memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya dalam sektor halal,selain usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan.
Republik Tatarstan merupakan sebuah wilayah majoriti Islam dalam Persekutuan Rusia.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur